Ejie Najihah


LandOwner

This blog tells you nothing except the story of an ordinary girl's life. Oh ya! This blog contained quotes and short stories as well

Kebahagiaan Dalam Perpisahan



Saturday, 9 June 2012 | 01:04 | 0 ?

Aku menatap gambar yang tergantung indah menghiasi dinding bilikku. Itulah gambar kenangan bersama rakan-rakan persekolahanku. Aku tersenyum apabila mengimbau kembali kisah suka dan duka kami dahulu. Kini semuanya sudah dewasa dan berjaya mencapai apa yang diimpi-impikan selama ini. Teringatku pada Roziana, gadis pintar bermata sepet itu kini menjadi seorang wanita yang anggun dan berkerjaya. Dia kini bertugas sebagai saintis yang amat dikenali di seluruh dunia. Kejayaannya mencipta teknologi baru amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Dahulu, dia seorang yang amat rajin, bersikap kepimpinan dan sentiasa ditemani oleh kawan karibnya, Sufira. Ya, Sufira! Kini dia bertugas sebagai pakar pemakanan di Universiti Harvard. Tugasnya adalah mengkaji tentang makanan. Dahulunya, kami memanggil dia Pirana, tidak ku duga sama sekali bahawa dia turut bertugas sebagai seorang model sambilan bagi iklan-iklan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang yang menyelamatkan sungai. Dia begitu cantik dan ramping sekali. Dulu, dia seorang yang amat pendiam namun senyumannya mampu mencairkan ais di Kutub Utara. Teringat pula aku pada gadis yang digelar ulat buku di kelas kami yang kelihatan agak sedikit ‘gila’. Dia ialah Ammelia Buring Alyssa, gadis pelik di kelas kami dahulu. Namun tidak aku sangka , dia kini telah menjadi seorang ahli arkeologi yang amat berjaya. Malah penampilannya kelihatan begitu anggun sekali, wajah putih bersihnya kelihatan begitu ayu sekali. Ya..aku baru berjumpa dengan Rozi, Pira dan Amy tiga hari yang lalu. Oleh itu, kami merancang ingin mengadakan majlis reunion.






Di majlis reunion….
Aku bertemu semula dengan seorang gadis yang kecil bermata sepet dan hitam manis orangnya. Secara automatik, aku teringat akan ayat Cikgu Salleh, guru cemerlang Matematik yang mengajar kami, “ Anak Jepun,”. Siapa lagi kalau bukan Vanessa Mathilda. Wah! Semakin bergaya dengan rambut ala-ala Bill Kaulitz era 20-an dulu. Berdiri di sebelahnya pula ialah seorang lelaki bertaring yang juga pernah dipuji oleh Cikgu Salleh, “Cantik gigi,”. Sekali imbas mukanya seperti orang Cina, dua kali imbas..La! Orang Sungai Kut rupanya. Si Aderi Ameng rupanya. Ade ape-ape ke ni? Jangan-jangan ade ‘chemistry’ tak.. Tiba-tiba datang seorang pemuda yang tinggi lampai sambil tersenyum lebar hingga ke telinga.    Dari jauh ku lihat matanya seperti ditutup. Aku cuba mengingati nama gerangan pemuda itu. Ha! Kalau tak silap, orang yang mempunyai perwatakan seperti itu ialah Dunstan Luwi. Asal ketawa sahaja, pasti matanya tertutup. Teringat pula aku akan pantun dua keratnya dahulu, “Adik dan abang makan di restoran, minta sikit, “ , haha..begitulah bunyinya. Aku pun meminta diri untuk mencari kawan yang lain. Tiba-tiba aku disergah dari belakang. Pooh! “kus semangat !”, nasib baik aku masih sihat walafiat. Alhamdulillah! Aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya budak yang amat meminati Lady Gaga. Rupa juga seperti Lady Gaga atau dikenali sebagai Lady Lucifer, atau lebih dikenali lagi sebagai Ngingitali. Nampaknya, dia sudah berjaya menjadi  seorang model yang sangat terkenal, dan yang lebih mengejutkan lagi, rupa-rupanya dia sudah ada isi ! Khabarnya, dia telah berkahwin dengan usahawan komputer yang terbesar di dunia iaitu Ong Sii Chek, seperti Bill Gates II lagaknya. Si Ngingitali ini juga turut bekerja sebagai penyelamat dunia dan merupakan seorang ahli B-Girl tetapi rahsia ini hanya diketahui oleh sesetengah orang sahaja. Shhh! Keep the secret…
Kami berdua apalagi, berborak la pasal ‘kerjaya’nya dan ‘isi’nya. Tengah syok berborak, tiba-tiba..dumdumdum! Bunyi kipas helikopter dari luar. Aku terkejut beruk apabila melihat sebuah helikopter paling moden (dalam abad itu) mendarat di luar.  Dan..jeng..jeng..jeng..keluarlah seorang wanita cantik yang menawan.. Dahlah cantik, tinggi lampai pula tu ! Gayanya cukup ‘vogue’ sekali. Sememangnya dia ini amat kukenali. Adibah rupanya ! Namanya terkenal di serata dunia kerana telah menemui spesies King Kong yang terakhir dan memberi perlindungan kepada haiwan ini. Sebenarnya, dia sudah diiktiraf sebagai wanita terkaya di dunia, kalah Bill Gates dan J. K. Rowling, penulis buku Harry Potter. Malah, dia sebenarnya ketua B-Girl sendiri. Tetapi, ini secret..cam ketua akatsuki pulak!
Aku amat gembira dengan kehadiran ex-classmates ku yang terdahulu. Tetapi bilangan kami dalam majlis reunion tersebut masih belum cukup lengkap. Setelah beberapa minit menunggu , kami tiba-tiba terpaku setelah melihat salah seorang daripada rakan kami iaitu Muzzamil atau lebih dikenali sebagai Jamil, dengan lagaknya yang bersahaja memarkir kereta Ferrari kepunyaannya di hadapan rumah agam milik keluargaku. Setelah Jamil keluar dari keretanya, salah seorang rakanku bertanya kepadanya, “Watzup der ! Bukan main lagi tempat kau parking kereta, kat depan rumah orang ! Tak ker kurang asam namenye tue?” , dengan selamba Jamil menjawab pertanyaan Aderi, “ Elexlah der..lagipun kereta aku ni tak boleh nak diparking kat tempat yang takde class. Nanti nampak  tak ber’class’ la pulak. Sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini berlaku, aku bertindak pantas menghentikan perbualan tersebut. Aku mengajak Jamil berborak. Ternyata dia telah menjadi seorang yang sangat berjaya. Dia telah manjadi seorang doktor pakar, malah telah dinobatkan sebagai ‘ Hand of Curing’ kerana dia telah berjaya menemui ubat kepada penyakit kanser dan HIV.
Setelah kepenatan mereka bercerita, mereka masuk dalam ruang rumah agam. Mereka bertemu dengan Nate dan terus bersalaman. Aku pergi ke satu sudut untuk menenangkan fikiran. Tiba-tiba seorang wanita menegurku. Ku lihat orangnya tinggi lampai , berwajah bulat dan bersih berdiri sambil menghulurkan tangannya. Oh! Itu rupanya Fartila @ Bo0olattt. Dia datang bersama seorang jejaka yang agak tampan (tapi aku punya lagi tampan). Terkejut maut aku melihatnya, orang itu ialah Awang Safari. Tidakku sangka dia sudah menjadi begitu segak bergaya. Dia kini bertugas sebagai pelatih dalam rancangan “The Biggest Loser Asia” dan Fartila adalah tunangnya. Fartila pula bertugas sebagai pensyarah di Universiti Cambridge.
Kemudian aku pergi ke tempat yang menyediakan makanan. Aku terlihat seorang wanita yang tinggi langsing. Rambutnya panjang melepasi paras lutut. Sape erk?? Aku pun menyapanya. Rupa-rupanya dia ialah Florina. Kata Flo, dia bekerja di sebuah makmal tempat menyelidik kerbau. Ini kerana daging kerbau dikatakan mampu menghilangkan rasa mengantuk. Macam tak percaya pulak spesies die menyelamatkan dunia..huh! Namun begitu dia masih lagi anggun seperti dahulu. Tiba-tiba datang seorang perempuan dari tandas , sama tinggi seperti Flo. Mmm…kelihatannya seperti kembar, aku cuba mengingatinya. Dia memegang coklat Cloud 9. Tiba-tiba aku teringat, siapa lagi yang sering memakan coklat Cloud 9 selain daripada Dorinmia..huh! Spesies kedekut ini sudah berjaya rupanya, menjadi seorang pramugari. Biasalah spesies die kan jenis yang terbang-terbang, memang patut pun dia bekerja sebagai seorang pramugari, untuk meneruskan keturunannya lah katakan.
Selepas berbual dengan “kembar tak serupa”, aku pergi ke balkoni rumah agam familiku itu. Belum sempat aku melalui pintu keluar, terdengar oleh telingaku alunan piano yang sedikit sumbang dari arah balkoni. Ku teruskan langkahku, ku melihat seorang wanita yang kecil molek dengan rambut tocang ala Korea tak jadi membelakangiku. Dia menghadap ke arah piano di hadapannya. Aku berdehem dan dia terus menoleh ke arahku. Aku terkedu melihat giginya yang putih bersinar melebihi kulit kakinya. Rupa-rupanya kawan lamaku Maureen. Menurut Maureen kini dia telah menjadi seorang pemain piano yang terkenal di Korea. Patutlah rambut tocangnya ala-ala Korea walaupun tidak menjadi. Bunyi mainan piano yang ku dengar tadi agak sumbang kerana jari-jari Maureen terluka akibat bermain gitar. Tali gitar itu terputus kerana dia bermain gitar seperti piano walaupun mengetahui rupa piano dengan gitar jauh berbeza. Tiba-tiba aku terdengar namaku dilaungkan lalu aku pun bergegas meninggalkan Maureen.
Aku menuruni tangga dengan laju. Aku terpaku melihat seseorang,hampir terjatuh! Selepas itu, aku menatap dan mengamati orang itu dengan penuh tanda tanya. Oh ya, rupa-rupanya itu ialah Marsahmira. Lagaknya seperti Beyonce, mengucap aku melihatnya ! Ya Allah!! Tubuhnya dibaluti kain yang begitu sendat sekali hingga menampakkan semua yang ada di tubuhnya. Dia bekerja sebagai ahli shuffle yang terkenal. Dia mempunyai organisasi shufflenya yang tersendiri iaitu Midnight Memerang Kids (MMK).
Aku berlalu dari situ. Nasib baik imanku masih kuat. Kalau tidak, entah apa yang akan terjadi. Tiba-tiba aku terlanggar bahu seorang perempuan, tubuhnya setinggi aku. Rambutnya ikal mayang, panjangnya sama seperti Flo, tetapi bahasa yang digunakan olehnya agak berlainan sedikit dari yang lainnya. Tanya punya tanya, namanya Angel. Angel mana erk?? Oh, baru ku ingat. Dia ialah Angela Anak Untai. Nampaknya dia sedang bekerja di sebuah sekolah tadika antarabangsa , di mana ramai anak-anak orang ternama disekolahkan di situ termasuk anak Michelle Yeoh, Jennifer Lopez, Brad Pitt, Kesha, Mariah Carrey, Siti Nurhaliza, dan cucu kepada Barrack Obama. Wah ! Nampaknya, bukan calang-calang orang yang dijumpai oleh Angel setiap hari. Sikap Angel agak kebudak-budakan, jadi dia memang sesuai menjadi seorang guru tadika.
Aku mengajak Angel pergi ke tempat makan. Perutku terasa lapar, macam-macam jenis lagu yang dinyanyikan dari tadi. Dari lagu English sampai ke Malay song. Aku terlihat seorang wanita yang bertubuh langsing dan sedikit berisi dengan baju yang boleh dikatakan agak mahal di tubuhnya. Sekali pandang nampak macam Wardina Safiyyah(sape tak kenal kat Wardina, pendek umur), dua kali pandang macam Ekin (isteri kepada artis terkenal di Malaysia iaitu Mawi). “ Is that really Panpan?” Aku scan kembali muka wanita tersebut. Yes! memang Dayang Najihah. Busana muslim yang dipakainya yang menjadi trend wanita muslimah abad ini jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang mengikuti perederan fesyen semasa. Baju labuh yang diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi beserta dengan tudung yang disaluti dengan emas di sisinya dan dihiasi manik menunjukkan bahawa baju yang dipakainya berharga lebih dari ratusan ribu ringgit ditambah lagi dengan tas tangan yang majoritinya dipenuhi dengan berlian tulen berwarna hitam dan putih. Badannya tidak lagi berisi seperti dulu. Aku seperti tidak percaya melihat Panpan. Bodynya boleh dikategorikan sebagai Miss World (walaupun dah berkahwin). Alah, dulu bukan main taknak kurus. Nanti kalau kurus banyak sangat orang terpikat kat dia, katanya (sorry, banyak sangat makan santan).  Dia datang bertemankan seorang jejaka yang agak tampan, tinggi dan segak bergaya dengan tuksedo hitam yang dipakainya. Sangat lengchai woo! Amat secocok sekali dengan wanita moden tersebut. Dia kini telah berkahwin dengan lelaki tersebut rupanya (identiti suami dirahsiakan! yang pasti suami dia sangat disukai oleh kami semua. ngehehe~). Pasangan ini memang sepadan. Kata dulu, takde jodoh, rupa-rupanya dia yang berkahwin dahulu berbanding dengan kami semua. Dia bertugas sebagai seorang pensyarah dalam bidang penyiasatan di Universiti Hogwarts, yang ditubuhkannya sendiri.  Aku menanyakan kepadanya mengapa menggunakan nama Hogwarts. Dia menjelaskan padaku bahawa dia terlalu taksub akan movie Harry Potter, maka dia pun telah menubuhkan sebuah universiti tersebut dan telah mengkaji dan menyediakan jurusan penyiasatan. Oh, jadi universiti ini pasti khas untuk orang-orang yang berminat untuk menjadi penyiasat, ala-ala Detektif Conan gitu! Sesuailah dengan dia yang meminati Harry Potter dan Detektif Conan (walaupun tak suka baca komik Conan) .
Ketika sedang rancak berborak dengan pasangan merpati dua sejoli itu,tiba-tiba datang seorang wanita yang bertubuh langsing. Dia membawa sebatang kayu hoki bersamanya. Rupa-rupanya dia ialah Joyce. Hmm..dari kecil sampai ke besar bermain hoki. Dia baru sahaja habis melatih anak buahnya bermain hoki yang akan mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik di Afrika kelak. Dia telah dianugerahi dengan pingat kebesaran Datuk oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Datuk Joyce Sylvester Silin ! Hebat juga kawan aku yang sorang nie.
Ketika berjalan ke tempat letak kereta (untuk mengambil barang yang tertinggal), aku hampir-hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang agak berjenama. Pemandu kereta itu meminta maaf kepadaku. Aku melihat tanda namanya yang tersemat di kiri bajunya. Ferysiana Binti Lisan. Hmm…macam kenal tapi dimana ya? Dengan perasaan yang gembira, aku menguntumkan senyuman kepada Fery. Muka Fery yang kehairanan memaksa aku memperkenalkan namaku. Kami sama-sama tersenyum. “Lama tak jumpa? Kerja apa sekarang?”, ujarku. “Executive manager je,”, Huh! Je kau cakap?! Dah nama manager tentulah gaji besar, omelku dalam hati. Kami berbual sambil berjalan masuk ke rumah agam.
Nampaknya, baru sedikit sahaja rakan-rakanku yang aku temui. Mana ketua kami dahulu yang digelar Puteri Dugong dari kerajaan Srivestari ?? Tiba-tiba aku disergah dari belakang. Seorang wanita yang berisi tetapi pendek berdiri di belakangku. Aku cuba meneka gerangan wanita tersebut. Sah Fahreeza! Inilah orang yang aku cari-cari. Dia yang digelar dugong kerana badannya yang berisi tetapi bertubuh rendah, kini sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya. Dia kelihatan sangat jelita dan gembira. Dia bekerja sebagai pemilik dan penjaga zoo di bahagian haiwan-haiwan terlindung di Zoo Negara. Hebat!! Dia mempertahankan generasinya agar tidak terus pupus (muahaha!). Tiba-tiba datang seorang wanita bermata coklat menyapa kami berdua. Dia bersama seorang lelaki. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Nur Raihan. Unta rupanya. Seorang lagi rakanku yang bertugas sebagai tentera darat berjaya aku temui. Tetapi dia tidak ingin memperkenalkan lelaki bersamanya. Namun aku dapat mengenali lelaki tersebut dengan baik. Sedang rancak bercerita, seorang wanita bersuara lantang memanggil kami. Dia ialah Nursalma Athirah. Salma bertugas sebagai seorang pemandu pelancong kerana suaranya yang lantang dan mempunyai 8 buah agensi pelancongannya yang tersendiri. Salma memanggil kami untuk berkumpul bersama-sama rakan yang lain.
Baru sahaja majlis hendak bermula, tiba-tiba datang dua orang jejaka yang amat ku kenali. Mereka ialah Fazlim Azam dan Azmirsaffuan. Fazlim masuk dengan tubuh sasanya telah berjaya menjadi seorang tentera darat berpangkat Leftenan. Dia berjaya dalam temu duga selepas dua kali mencuba. Azmir pula kini telah menjadi pemandu kapal terbang. Dia membawa seorang wanita yang sangat cantik bersamanya. Aku tertanya-tanya siapakah wanita itu. Azmir telah membeli sebuah kereta yang agak mahal iaitu Enzo Ferrari. Kata Azmir, dia mempunyai dua buah kereta lagi di rumahnya. Selain itu, dia memiliki tiga buah banglo dalam negeri manakala dua buah lagi di Sepanyol dan England. Aku amat berbangga dengan rakanku itu. Dia telah berjaya hingga ke tahap ini. Seketika kemudian, datang seorang wanita dengan kereta Satria Satio. Wanita itu memperkenalkan dirinya kepada kami, Siti Norfaridatul. Idda ialah nama yang lama aku tidak dengar. Manakan tidak, dia kini menjadi seorang saintis muda yang mengkaji tentang batu-batu di angkasa. Katanya dia lewat kerana kereta Gen 8 miliknya tiba-tiba rosak di tengah jalan. Dia terpaksa menahan teksi dan kembali semula ke rumah untuk mengambil kereta Satria Satio miliknya. Nampaknya hampir  semua rakan-rakanku telah ku temui semula. Saat ini amat menggembirakan kerana saat inilah dimana memori dibongkar semula dan kisah lama terbit kembali. Majlis makan malam beau sahaja bermula. Tiba-tiba datang enam orang wanita ke majlis kami, Mereka semua memakai kot hitam. Nak ikut cerita Men in Black lah tu, kataku dalam hati. Aku cuba mengecam wanita-wanitatersebut satu persatu.Salah seorang dari mereka ialah Suziana. Suzi sekarang membuka perniagaan sendiri di 10 buah negeri. Perniagaan keropok lekor katanya. Kemudian aku terlihat seorang wanita di sisinya. Memakai cermin mata, tinggi dan putih. Wajahnya tulen seperti anak kacukan. Siapa lagi kalau bukan Nazia. Nazia sekarang sedang bekerja sebagai seorang pensyarah di Universiti Lord of The Sword di United Kingdom. Memang patut pun dia menjadi seorang pensyarah, ilmunya yang banyak tentang pelbagai perkara itu membuatkan dia berjaya sehingga kini.
Mataku menangkap kelibat seseorang. Seorang wanita yang amat ku kenali , kelihatannya dia amat taksub dengan warna hijau pada masa persekolahan dulu. Siapa lagi kalau bukan Zainatun Bidauyah. Aku menyapanya dan bertanya, “mana kau pergi lambat sangat?”, Atun menjawab, “ Gara-gara kapal terbang la, pancit  tengah langit!”, Kami pun ketawa bersama-sama. Atun sekarang tampak lebih tinggi, mungkin berasa tersisih dengan tubuhnya yang rendah kot. Kata Atun, kini dia sedang belajar di sebuah university di luar negara, peringkat Ph.D. Tambahnya lagi, jurusan yang diambilnya terlalu senang untuk difahami dan dipelajari. Jurusannya berkenaan alam sekitar. Memang patut pun senang..kataku dalam hati.
Aku terlihat dua orang wanita yang kelihatan agak malu-malu kucing kepada kami. Sikap mereka tidak berubah dari dahulu hingga sekarang. Siapa lagi kalau bukan Nor Fazila dan Nur Bazillah , kataku dalam hati. Mereka bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat yang sangat trekenal. Huh! Diam-diam ubi berisi. Aku tercengang melihat seorang wanita di tepi Fazila, gadis bercermin mata. Ada ala-ala minah Cina, tapi deri segi percakapannya, dia seorang yang berbangsa Melanau.  Oh, dia Nur Haliza rupanya. Tiba-tiba Jamil si mulut platipus bercakap dari atas pentas. “Hari ini saya amat gembira kerana dapat bertemu semula dengan kalian semua adalah perkara yang amat menggembirakan apabila bertemu dengan rakan yang telah lama jauh di  mata namun di hati tidak pernah dilupa. Kebanyakan kita telah berjaya dalam hidup masing-masing. Semoga persahabatan kita kekal sehingga kita masing-masing dikembalikan kepada Maha Pencipta,” Huh! Biar betul Jamil yang bercakap. Selalunya perkataan yang keluar dari mulutnya ialah perkataan yang dari mulutnya adalah perkataan yang mampu meretakkan jiwa! Adakah dia sudah berubah? Ya, nampak gayanya begitu dan bukan dia seorang sahaja yang sudah berubah. Hampir semua rakan-rakanku dahulu sudah berubah 100%. Sangat mengagumkan. Impian yang selama ini menjadi mainan, kata-kata yang selama ini selalu diungkapkan dan perkara baik dilakukan akhirnya menjadi kenyataan.

Aku menoleh ke arah pintu rumah agam milik keluargaku. Dua orang wanita yang agak berusia, namun masih terserlah sifat keibuannya. Mama Hanima dan Bonda Hanani! Aku menjerit memanggil semua rakan sekelasku (siap buat pengumuman lagi kat mikrofon! Kesian Jamil kerana terpaksa menghentikan khutbahnya). Kami semua berkumpul dan menyerbu ke arah Mama dan Bonda. Masing-masing nak mintak peluk dan kiss (men are not allowed. sorry guys). Oh! betapa rindunya kat Mama dan Bonda. Dua orang wanita yang banyak membentuk kami semua. Mama seorang yang tegas, Bonda seorang yang penyayang. Disebabkan sikap mereka yang tegas dan penyayang itulah yang menyebabkan kami semua menjadikan Mama dan Bonda menjadi ‘role model’ kami. Jika ingin di’rewind’ semula, banyak yang kami semua lalui. Di saat kelas kami dikategorikan sebagai kelas yang suram, Mama yang encourage kami semua untuk menceriakan kelas sehingga berjaya merangkul kelas paling cantik di sekolah! Di saat budak-budak kelas kami dihina oleh orang-orang (time tingkatan 3), Bonda yang berada di sisi kami. Oh kenangan lalu menggamit jiwa! :’)
Dikala rembulan bermain biola, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Kenangan yang indah ini akan selalu aku ingat. Kenangan yang amat menggembirakan sehingga mampu membangkitkan kembali nyawa yang telah hilang. Mungkin hari ini, mungkin esok kami tidak akan pernah berjumpa lagi. Oleh itu kenangan ini akan dijadikan album hidup yang akan kekal di lubuk hati. Kenangan yang amat menggembirakan. Siapa yang dapat menghilangkan kegembiraan ialah orang yang tidak pernah kenal kenal erti bahagia dan gembira.
Pulang ke rumah membersihkan diri tidak dapat menghapuskan kenangan  tadi. Diri ini bagai dihidupkan semula. Rakan-rakan yang aku temui tadi, tidak dapat diganti dengan apa-apa. Biar masa yang memisahkan kami dan biarlah masa yang menemukan kami semula.
Malam ini telah berlalu, sebuah cerita yang tak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata. Ibarat kamus hidup yang tidak boleh dirujuk dengan sekelip mata. Jiwa yang selama ini dirundung rindu yang mendalam, telah terubat dengan sebuah pertemuan. Rakan-rakan yang aku temui tadi sudah mempunyai keluarga, kehidupan dan kerjaya masing-masing.
Malam semakin tua, dan kesejukan mula menyelubungi tubuh hingga ke tulang sum-sum. Sejuk benar rasanya! Bulan purnama pada malam ini sama seperti hatiku. Terang dan bersinar. Manakan tidak, aku telah berjaya berjumpa dengan semua kawan-kawan lamaku. Indahnya hari ini berlalu tanpa ku sedari. Pagi yang indah dan malam yang sunyi menemaniku pada malam itu. Kisah yang panjang akhirnya berakhir dengan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam perpisahan. Ya, ayat yang lebih sesuai untuk hidupku, berpisah selama bertahun-tahun tetapi hanya bertemu selama beberapa hari,sudah cukup untuk menghiburkan hati. Hujan dalam hati kerana derita merindui kini mula digantikan dengan pelangi. Pelangi yang indah. Warna-warnanya cukup untuk menggambarkan perasaanku ketika itu.
Selagi ada bulan mentari, selagi rinduku bersemi, selagi ada bulan dan bintang, selagi ada kawan-kawan yang ku sayang dan selagi ada waktu yang mendatang, moga kita akan bertemu di masa yang tidak kita ketahui. Kerana satu perkataan kita bertemu, kerana satu perkataan kita merindui..ya, semuanya kerana ikatan yang dipanggil PERSAHABATAN.. J

p/s : Bagi yang telah membaca entry ♥ Alkisah............., entry ini ialah versi edit daripada entry tersebut.. 




|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee