Ejie Najihah


LandOwner

This blog tells you nothing except the story of an ordinary girl's life. Oh ya! This blog contained quotes and short stories as well

Apa semua ni?



Thursday, 28 February 2013 | 00:01 | 0 ?

tak tahu nak cakap apa dah. dugaan? cabaran?hanya kesabaran yang diuji. tampak ringan, tapi hanya Allah yang tahu betapa berat hati menanggung seksa. mungkin anganan yang terlampau tinggi menyebabkan jiwa menjadi sengsara. Ya, bertahun lamanya aku bersabar. Mungkin ini jawapan yang diberikan oleh Allah. Ya, ini jawapan kepada doaku yang sekian lama aku alunkan tika solatku di penghujungnya. Tapi, semuanya masih perlu melalui jalan yang berliku. Begitu sulit, payah, keluh, kesah, ku menanti. Menunggu dengan penuh sabar. Pergolakan di jiwa masih terasa. Sesaat berada di kemuncaknya, kemudian dengan tidak semena-mena jatuh bagai hujan mutiara. Aku sabar, ya aku perlu bersabar dan terus bersabar dan terus bersabar. Persoalannya, masih bolehkah aku bersabar? Ya, memang hanya perlu bersabar tapi ianya bukan semudah satu dua dan tiga. Bukan semudah alif ba dan ta. Aku masih lagi menunggu, penantian yang akan menemui pangkal jalan. Lumrah manusia, apabila lemah, mereka menangis. Aku juga begitu. Menangis apabila lemah. Menangis ketika jatuh ke bawah. Bukan mudah untuk bangkit. Melupakan semua yang menghantui minda, meninggalkan kenangan yang tersemat di dada semata-mata untuk bangkit di mata dunia, dihormati oleh semua. Tapi tanpa semua kepahitan yang aku rasa, aku tidak akan menjadi diriku pada hari ini. Seorang yang matang dalam menyelesaikan permasalahan demi permasalahan yang meghantui diri setiap saat, minit, jam, hari, bulan, dan tahun. Kunci kepada segalanya? SABAR. Ya, hanya bersabar.





Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee