Ceritera Cinta Fizik
Saturday, 6 October 2012| 15:54 |
0
♥
Aku :
Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu
jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku
tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak
balas penggantian ke atas diriku.
Aku :
Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia
masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Mu :
Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan.
Aku :
Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
Mu : Aku
masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih.
Aku :
Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku
bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau
jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai
janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku :
Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Mu :
Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku
harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu
Mu:
Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu
masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya.
Mu: Aku
khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku:
Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu:
Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?
Aku: Ya,
aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu
semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus
mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau
harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu:
Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku
tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x1023
Mu: Kau
membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara,
kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku
sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau
betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya
kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian..."
|
Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.