Bila aku ketawa, pontianak Kampung Batu pun melarikan diri. Bila aku sakit hati, aku akan meluahkan rasa sakit hati melalui air mata aku. Bila aku senyum, ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan cair sedikit demi sedikit kerana hobi aku ialah tersenyum. Bila aku merajuk, seorang pun tak boleh pujuk kecuali dengan makanan sedap yang percuma dan hadiah yang comel2 seperti aku. Apabila aku marah, Daeng Merewah pun kalah. Bila aku tidur, sesiapa yang kacau akan terkena puting beliung yang digandakan dengan tsunami. Bila aku crushed kat seseorang, Siti Nurhaliza yang lalu depan mata pun tidak dipeduli. Bila aku berjalan, lelaki-lelaki maskulin akan turut kalah akan gayaku yang berjalan mengalahkan lelaki yang berketak-ketak. Bila aku duduk, tidaklah seayu Tuan Puteri yang sedang bersemayam di istana. Bila aku berkawan, aku menyayangi mereka lebih daripada nyawa kucingku sendiri. Ohh lupa, BILA SESEORANG BUAT AKU SAKIT HATI NESCAYA HATI AKU AKAN TERGURIS SEDALAM-DALAMNYA KEMUDIAN DITABUR DENGAN CUKA, GARAM, SERBUK LADA PUTIH, BAWANG PUTIH DAN SERBUK LADA HITAM. Yesss, aku sangat sensitif !Bila aku menyanyi, Beyonce Knowles akan menghentikan kariernya sebagai penyayi (:p). Bila aku menari nescaya lantai di bumi akan retak sana sini. Bila aku berlari nafasku seolah-olah terhenti. Bila aku bersin, jantung ku berhenti bekerja seketika dan ketika itulah aku mati dan hidup semula. Bila aku masak, arnab diraja pun akan turun padang dan berguru denganku. Bila aku menulis, tulisanku tidaklah secantik font di dalam Microsoft Word. Assalamualaikum, nama aku Dayang Najihah Binti Awang Minggu. Lebih dikenali sebagai Ejie Najihah. Aku Calon UPSR 2007, Calon PMR 2010, Calon SPM 2012 dan Bakal Ahli Kubur pada bila-bila masa. Aku masih mengharapkan hidayah dari Allah. Aku mendambakan cinta daripadaNya. Aku ingin mencintai Dia lebih dari segalanya. Aku ingin merindui Rasulnya lebih daripada rindu seorang kekasih terhadap kekasih, lebih daripada rindu seorang ibu terhadap anaknya. Cita-citaku? Aku ingin menjadi seorang anak yang solehah, isteri yang mentaati perintah suami dan seorang ibu yang memahami anaknya. InsyaAllah.. Aku mengharapkan redha daripada kedua-dua ibu bapaku, kerana redha Allah bergantung kepada redhanya kedua-dua orang tuaku. Aku bukanlah seorang perosak bahasa, aku cuma menaip mengikut naluri dan akal fikiranku yang mempunyai hormon kreatif yang melampau. Tetapi bila aku melukis, manusia yang berupa 3D di alam realiti akan menjadi orang lidi di dalam lukisanku. Aku mudah mesra dengan semua orang tetapi mereka yang tidak mengenali aku akan mengatakan bahawa aku ini seorang yang mengada. Aku hanyalah insan yang comel dan lemah di samping memerlukan pemerhatian dan sebab selama 24 jam 7 hari seminggu . Aku dalam proses melindungi hatiku. Hatiku dipegang oleh Allah dan akan diserahkan kepada dia yang sangat murah hati kerana memberikan tulang rusuknya kepada aku. Aku bukanlah mengharapkan seseorang yang sempurna, kerana dia akan menjadi sempurna bila aku berada di sampingnya. Aku bukanlah gadis yang mengikuti perkembangan semasa di mana aku tidak meminati kpop, memakai kanta lekap bagai dan menggunakan make-up bagi menambah kecantikan di muka yang sedia ada comel. Aku lebih selesa menggunakan cermin mata tanpa degree walaupun mataku tidaklah rabun walaupun sekecil kuman. Aku gemar mengarang esei tetapi aku hanya rajin menulis karangan ketika ujian demi mendapatkan markah yang tinggi. Aku tidak suka mereka-mereka yang memusuhiku sama ada bersebab ataupun tanpa sebab. Aku suka menegakkan pendirianku tetapi kebanyakan orang akan mengatakan tindakan tersebut adalah melawan. Apabila aku bercakap, kelajuan cahaya sesaat pun kalah akan kelajuan aku bercakap. Apabila aku berbahas, suaraku akan menjadi lantang selantangnya seolah-olah aku sedang membahaskan usul serius di parlimen tetapi akhirnya suara aku akan bertukar serak-serak basah yang mengalahkan suara penyanyi rock di Fairyland. Apabila aku berpantun, hormon ayuku dirembeskan buat seketika sehingga pertandingan pantun selesai. Aku tidaklah sepopular Justin Bieber dan Selena Gomez, aku hanyalah hamba Allah yang lemah. Yang memerlukan Dia di mana saja aku berada, walaupun ketika sedang bergembira menikmati snake plate di KFC, walaupun aku sedang menghayati betapa nikmatnya ketika mengunyah cheesy wedges, walaupun ketika aku sedang bergelak ketawa tidak ingat dunia, walaupun aku berada di sisi orang yang dicintai, aku tetap memerlukan Dia. Dia yang Maha Berkuasa, yang menghidupkan dan mematikan manusia. Allahu Akhbar :’)
p/s: tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka. salahkah aku jujur terhadap kalian semua? heuheu :'p
Wishlist
My own money so that i can buy anything i want
Size S Body
My Own Car
Travel around the world with my family
My Crush
Nak adik!!!
Keputusan SPM yang cemerlang, gemilang dan terbilang